08 November 2021

ALIF SATAR MUNGKIN JADI PILOT JIKA MENANG 1 JUTA OIAM



Menerusi muat naik terkini di laman Instagram, penyanyi dan pelakon Alif Satar telah berkongsi mengenai kisah pembabitan awalnya di dalam industri seni tanah air.

Dalam status tersebut, Alif yang juga seorang pengacara itu memaklumkan dia sebenarnya mempunyai misi peribadi ketika menyertai program realiti nyanyian, One In A Million pada tahun 2006.

Menurut penyanyi lagu 'Jangan Nakal' itu lagi, dia sebenarnya merancang mahu menggunakan wang kemenangan berjumlah RM1 juta itu untuk membiayai kos pembelajarannya di akademi penerbangan untuk bergelar seorang pilot.

Bagaimanapun, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini terpaksa berpuas hati untuk menamatkan saingan ditempat ketiga di belakang penyanyi, Faizal Tahir dan juaranya, Suki.

"How it all started. Dari kecik asyik dok fikir nak jadi pilot. Tapi dulu, mama ayah alif cakap kalau nak amik license kena fikir mana nak cari duit sendiri untuk bayar fees and there was the show 'ONE IN A MILLION'.

Klik untuk gambar besar



"Aku pikir, "kalau menang sejuta ni, aku boleh masuk flying academy". Sekali, tak menang daa. Kita cuma boleh merancang, yang menentukan tetap Dia" tulisnya.

Dalam pada itu, Alif turut memberitahu, dia sehingga kini masih lagi belum berhenti berharap untuk mengecar cita-cita zaman kanak-kanaknya itu.

"Indeed, Allah's plan for us is better, Alhamdulillah. Still not letting go of my childhood dream though, I want that PPL! p/s swipe left tengok pilot botak," kongsninya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut mendoakan semoga Alif berjaya mencapai cita-citanya itu. Dalam perkembangan lain, Alif juga kini dilihat sibuk menguruskan bisnes cendawannya yang diberi nama Shroom.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: