27 November 2021

BEROLEH KEKUATAN DARIPADA ANAK-ANAK - AISHAH TAK KISAH KALAU DIKATA ASYIK KAHWIN CERAI



"Kalau hendak kata artis asyik kahwin cerai, terpulang, tapi sekurang-kurangnya saya cuba untuk bertahan. Mungkin sudah nasib saya atau memang ada sesuatu yang tidak kena dengan diri ini hingga sering gagal dalam berumah tangga.

"Entahlah, saya tiada jawapan untuk persoalan itu," itulah luah penyanyi Aishah atau nama penuh, Wan Aishah Wan Ariffin, 56, yang tidak menafikan perpisahan menyakitkan.

"Saya juga mengimpikan mahligai dibina ini kekal hingga ke akhir hayat, sama seperti yang sering dipaparkan dalam filem keluaran Walt Disney. Apabila ia tidak kesampaian, sudah tentu saya kecewa. Tetapi saya praktikal. Saya sudah boleh terima hakikat dan ingin meneruskan kehidupan.

"Mujur saya ada anak-anak yang menjadi penguat semangat dalam menghadapi situasi sukar itu," kata bekas anggota kumpulan The Fan Club yang bertapak di New Zealand pada era 1980-an ini lagi.

Klik untuk gambar besar



Biarpun cuba merahsiakan mengenai keretakan perkahwinan kali keempatnya itu daripada pengetahuan ramai, namun, Aishah mengaku ada yang boleh mengagak kesedihannya berdasarkan perkongsian dimuat naik dalam media sosial.

"Tidak semua orang perlu tahu cerita sebenar. Saya hanya mampu berdoa semoga segala kemelut yang berlaku ini segera berakhir," dedahnya kepada BH Online.

"Ada rakan-rakan universiti di New Zealand yang cukup mengenali saya bertanya mengenai situasi terkini rumah tangga. Mereka meminta saya berterus-terang kerana segala perkongsian saya di Instagram (IG) jelas menggambarkan ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada rumah tangga saya.


"Disebabkan itu, saya rasa sudah tiba masanya untuk membuat pengakuan supaya tidak ada lagi pihak yang tertanya-tanya dan untuk mengelakkan timbulnya fitnah pada kemudian hari.

"Pengakuan ini dibuat selepas saya berfikir panjang dan tidak mahu timbul fitnah jika ada yang melihat saya bersama lelaki lain dalam hal yang membabitkan urusan kerja," ujar ibu kepada dua anak lelaki ini lagi.

Berbekalkan semangat dan kekuatan yang masih bersisa, penyanyi lagu 'Janji Manismu' ini mahu terus bangkit demi masa depan kerjaya seninya: "Saya tak mahu menoleh ke belakang. Selepas ini fokus saya adalah kerja kerana single baharu saya akan dilancarkan, bulan depan," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: