27 November 2021

RUPANYA PERKAHWINAN TAUKE GIMIK SEMATA-MATA



Nama Tauke sebelum ini hangat diperkatakan selepas tular sebuah video dimana dia didakwa berkahwin lagi dengan seorang wanita bernama Shu sehingga menjadi tanda tanya netizen.

Semalam, menerusi mStar, Tauke atau nam sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 45, dan Shu tampil menjelaskan perkahwinan mereka itu mendapat restu daripada isteri pelawak berkenaan.

Bagaimanapun, selepas beberapa jam kemudian, Tauke dilihat ada memuat naik video di laman Instagram menjelaskan perkara sebenar bahawa dia masih setia dengan isterinya, Nadia Mohd Effendi.

Klik untuk gambar besar



Kata Tauke lagi, video majlis perkahwinan dengan Shu itu hanya lakonan untuk iklan produk keluaran mereka dan menafikan dakwaan bahawa dia berkahwin lagi.

Diakhir perkongsian video tersebut, Tauke turut meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam menilai sesuatu isu yang tular.

Nampaknya perkahwinan Tauke ini hanyalah gimik semata-mata... satu Malaysia kena 'game' dengan Tauke. Heh!


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: