17 November 2021

BERPURDAH SELEPAS DUA MINGGU BERGELAR ISTERI - AI WAHIDA RASA DIRI LEBIH TERJAGA



"InsyaAllah saya tengah slowly cuba untuk berniqab purdah. Tengah biasakan diri. Mulanya saya terdetik nak pakai niqab ni masa buat paid review, masa saya pakai tu rasa sebak dan menangis.

"Saya kata indahnya kalau tertutup penuh macam ni, mungkin inilah bahagia yang saya cari," kata penyanyi Ai Wahida yang membuat keputusan untuk mengubah penampilannya kepada imej wanita muslimah dengan berpurdah selepas dua minggu bergelar isteri.

Ai Wahida atau nama sebenarnya Wahida Amalin Atan, 23, mengakui keputusan itu sudah lama difikirkan dan sekarang adalah masa yang paling sesuai. Katanya, dua lebih terjaga, selesa dan selamat apabila mengenakan berniqab.

Pada 1 November lalu,Ai Wahida selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya iaitu Muhammad Syafiq dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Johor Bahru, Johor.

Klik untuk gambar besar



Bercerita tentang pengalaman selepas berkahwin, Wahida berkata kehidupannya lebih bahagia dengan kehadiran suami di sisi. Ujarnya, dia bersyukur kini ada orang yang menjadi imam dan memperbetulkan bacaan al-Quran.

"Perasaan lepas kahwin sudah tentulah rasa bahagia sebab tak pernah rasai pengalaman macam ni. Sebelum nikah saya dan suami memang jarak jauh jarang jumpa. Sekarang ni hidup tidak lagi berseorangan, sudah ada imam setiap kali solat, mengaji pun ada orang betulkan bacaan," ujarnya.

Dalam pada itu, selepas mengambil keputusan untuk tidak membabitkan diri dalam dunia hiburan Wahida berkata, dia mempunyai perancangan bersama suami untuk memulakan perniagaan tudung. Sementara itu, berkongsi tanggungjawab sebagai isteri, Wahida berkata, dia seronok dapat menyediakan makanan kepada suami.

"Makanan buat simple je, sarapan, sandwich, sambal sardin. Saya pun baru berjinak-jinak masuk dapur sebab sebelum ni mak yang masak. Nasib husband pun pandai masak. InsyaAllah lepas ini saya dan suami sudah rancang nak buat bisnes tudung atau niqab InsyaAllah," ujarnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: