04 November 2021

BILA ARIFF BAHRAN PULA DITEGUR NETIZEN CAMPAK DUIT, 'JANGKIT' PERANGAI IQBAL



"Memang untuk content je sebab lepas shoot duit palsu tu bersepah kat lantai studio. Saya kutip dan kacau mereka... sekadar nak bergurau semata-mata," itulah kata penyanyi Ariff Bahran apabila dia pula dilabel bersifat riyak dan tidak bersyukur dengan rezeki yang ada selepas aksinya mencampak duit ke lantai.

Meskipun hanya bergurau, Bahran atau nama sebenar Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 23, ditegur netizen supaya tidak menjadikan wang ringgit sebagai bahan kandungan media sosial demi meraih publisiti.

Penyanyi lagu 'Kata Akhirmu' ini yang enggan membiarkan netizen terus menghukumnya itu tampil menjelaskan tentang video yang dimuat naik Beby Acha di Instastory.

Tambah Bahran, dia sekadar bergurau dengan Beby Acha dan Iqbal tanpa sebarang niat untuk menunjuk-nunjuk dan tidak menyangka video tersebut menjadi perbualan netizen hingga ada yang salah sangka kononnya mereka memijak duit sebenar.

Klik untuk gambar besar



"Semalam saya ke studio sebab nak siapkan beberapa projek, nak siapkan lagu. Kebetulan ketika itu pula ada talent baru Iqbal dan Beby Acha tengah buat content, jadi saya selit la sekali. Ada duit kat situ, tapi semua tu duit prop warna je sama... bukan duit betul.

"Saya minta maaf jika ia menggores hati ramai pihak. Kalau itu duit betul saya sendiri akan cakap kepada mereka perbuatan itu tidak betul. Saya tak perasan. Itu hanya kertas biasa yang dicetak seperti duit," jelasnya lagi.

Selain video yang dikongsikan Beby Acha, Bahran sendiri turut memuat naik video di TikTok memperlihatkan usahawan yang baharu melancarkan single pertama, Ahmad Iqbal Zulkefli.



Lebih mengundang kemarahan ramai, menerusi video tersebut Iqbal yang kerap dihimpit kontroversi dilihat sedang memijak kepingan wang kertas di atas lantai.

Sebelum ini, isu mencampak wang kertas mengundang kemarahan ramai selepas mStar menerusi segmen Bizibody menyiarkan tindakan Iqbal melakukan perbuatan berkenaan.

Ia dilakukan bagi menunjukkan kemewahan selepas status kewangannya dipertikai gara-gara menaruh perasaan untuk memperisterikan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: