04 November 2021

DIDAKWA 'ORANG KETIGA' ANTARA ISMAIL IZZANI & SHALMA - BUNGA ISME TAMPIL NAFI



Semua sedia maklum mengenai penyanyi Ismail Izzani dan kekasihnya yang juga penyanyi dan pelakon Shalma Eliana dimana hubungan mereka sudah menemui titik noktah.

Tidak mendedahkan punca putus, seorang pengguna aplikasi media sosial itu telah menulis kenyataan bahawa Ismail telah berlaku curang dengan seorang penyanyi wanita yang dipercayai Bunga Isme.

"Bagus la pun break (putus cinta), kan awak (merujuk Ismail) curang di Starbucks Great Eastern Mall berpeluk dengan 'minah' tudung kesukaan ramai itu," tulis netizen tersebut.

Bagaimanapun, Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd. Bakhari tampil menafikan dirinya adalah 'orang ketiga' seperti yang didakwa. Jelasnya, dakwaan yang tular di media sosial itu adalah fitnah semata-mata.

Klik untuk gambar besar



Sehubungan itu, dia berharap agar tiada pihak sewenang-wenangnya menyebarkan berita tidak benar dengan mengaitkan dirinya dengan perhubungan kekasih selebriti itu.

"Jawapannya, bukan aku. Jangan sebarkan fitnah," tulis Bunga ringkas di ruangan Twitter miliknya, baru-baru ini.

Terdahulu, Ismail yang ditemu bual rancangan hiburan terkenal Melodi memaklumkan bahawa dia kini sudah putus dengan Shalma dan mereka masih berkawan baik.

Dalam pada itu, Ismail berkata dia ada melakukan 'kesilapan' namun enggan mendedahkan mengenai punca hubungan antara mereka berakhir.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: