04 November 2021

ISTERI SHUK TERIMA KATA-KATA SEMANGAT DARIPADA NETIZEN TERMASUK CONTOHI INTAN SALEH



Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah telah menerima kata-kata semangat daripada netizen, selepas mendedahkan tentang rumah tangga yang diibaratkan seperti retak menanti belah.

Ini kerana Rossa mengakui dia dan Shuk sudah tidak tinggal sebumbung dan sedang dalam proses penceraian. Rossa berkata, selama lima tahun bertahan mental dan emosi, kali ini dia nekad untuk meneruskan perceraian.

Menerusi ruangan komen di laman Instagram, rata-rata pengikut mendoakan urusan ibu kepada dua orang anak itu dipermudahkan. Malah ada di antara mereka yang mahu Rossa mengikut jejak Intan Saleh yang cekal dan tabah selepas mengharungi dugaan sama beberapa tahun lalu.

Klik untuk gambar besar



"Langit tak selalu mendung hujan dan ribut taufan... Di sebalik kebasahan dan kegelapan, pasti tersembunyi pelangi nan indah menanti untuk muncul. Lihatlah Intan Saleh, bahagia yang mulai menjelang, Insya-Allah untuk selamanya dan kebahagian sebenar akan menjadi milik Rossa.

"Yakinlah Sera, awak layak untuk bahagia walaupun bukan bersama Shuk tu. Sera awak cantik tau, ramai lagi yang lebih baik, hensem dari tu. Please move on, you can do itl," tulis seorang pengikut.

Selain itu, ada juga yang menasihati Rossa supaya kekal dengan pendiriannya kali ini supaya tidak dituduh sengaja mencipta drama demi untuk melariskan jualan produk.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: