04 November 2021

'MERDEKA' DARI PANTANG 44 HARI - AYDA JEBAT AKUI BERAT BADAN KINI LEBIH RINGAN



"Esok (hari ini) genap 44 hari berpantang! MERDEKA!," demikianlah tulis penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang kini sudah pun selesai berpantang selama 44 hari setelah melahirkan puteri sulungnya, Ana Nayla pada 21 September lalu secara pembedahan.

Isteri kepada pengacara Nabil Mahir itu meluahkan rasa gembira itu melalui sebuah posting di laman instagram miliknya. Malah menerusi Insta Stories, Ayda turut akui, dengan adanya servis berpantang dia akhirnya dapat menurunkan berat badan dengan lebih daripada berat badan asal sebelum hamil.

"Kita berpantang dengan @lavenderconfinementcare best! Esok (hari ini) genap 44 days! 45kg now. Lagi ringan dari sebelum pregnant," kongsi penyanyi lagu 'Mata' ini.

Klik untuk gambar besar



Ayda menerusi media juga sebelum ini ada berkongsi makna di sebalik nama puteri sulungnya bersama suami yang diambil bersempena dengan nama ibu dan mertua. Dia turut menjelaskan, 'Nayla' juga memberi maksud berjaya.

"Kami sepakat gabungkan nama ibu, iaitu Rohana (ibu Ayda) dan Diana (ibu Nabil) yang mana keduanya-duanya berakhir dengan 'Ana'. Sementara Nayla (Nailah) bermaksud 'berjaya' atau 'achiever'," katanya yang turut menyifatkan kehadiran permata hati sulung sebagai pelengkap keluarga.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: