04 November 2021

USOP KINI TUNANG NUR FATIHAH



Penyanyi Usop Mentor hari ini telah selamat bertunang dengan pilihan hatinya, Nur Fatihah Md Hashim, selepas dua tahun menjalinkan hubungan persahabatan, dalam satu majlis pertunangan yang diadakan secara tertutup di sebuah dewan berdekatan kediaman keluarga Fatihah terletak di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang.

Usop atau nama sebenar Muhammad Saiful Naim Mohd Nor, 24, meluahkan rasa syukur majlis berjalan lancar seperti dirancang, selain berkata dia sudah bersedia bergelar suami kepada model sambilan berusia 25 tahun itu.

"Sejak semalam saya memikirkan tentang majlis ini, gementar juga... tapi Alhamdulillah syukur semuanya berjalan lancar dan selesai dengan jayanya. Selepas ini saya kena fikir fasal majlis perkahwinan pula. InsyaAllah ikut perancangan Februari depan kami akan bernikah... kalau ikutkan saya memang nak cepat-cepat kahwin tapi ada beberapa tugasan dan komitmen kerja yang belum selesai," katanya.

Klik untuk gambar besar



Berkongsi perkenalan awal, Usop berkata dia mengenali Fatihah yang juga merupakan kakitangan di sebuah syarikat swasta ketika menghadiri majlis rumah terbuka sahabatnya di Kedah pada tahun 2019.

"Saya jumpa dia di majlis rumah terbuka seorang sahabat. Pertama kali tengok dia hati saya dah terpikat... cantik dan tinggi orangnya. Saya minta akaun Instagram dia, masa itu hanya sekadar nak berkawan sahaja.

"Kemudian kami bertukar nombor telefon dan saya luahkan hasrat nak ajak kahwin... sebenarnya saya pun tak sangka hubungan kami sampai ke fasa serius. Bulan puasa tahun lalu kami mula serius rancang untuk mendirikan rumah tangga. Dalam tempoh pertunangan ni, orang kata darah manis jadi saya kena banyak bersabar melalui fasa ini," ujarnya.


Ditanya mengenai sisi peribadi tunangnya, penyanyi lagu 'Selamanya' ini berkata Fatihah atau lebih mesra disapa Tehah seorang gadis yang menyenangkan dan banyak memberi sokongan kepadanya.

"Sepanjang perkenalan Fatihah memang banyak menyokong saya... kerjaya, perniagaan dan sebagainya. Dia menerima saya seadanya dari zaman tak ada apa-apa sampailah sekarang ini. Dia tak pandang harta, awal perkenalan dulu saya tak ada apa-apa, kereta pun tak ada.

"Dia ada ketika susah dan senang saya, sentiasa ada untuk bagi sokongan. Kalau nak tahu Tehah juga yang ajar saya dress up dan penampilan macam sekarang ni," kongsinya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: