04 November 2021

SELEBRITI INDONESIA, VANESSA ANGEL & SUAMI MENINGGAL DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA



"Dua orang meninggal dunia, tiga orang mengalami luka-luka. Dua orang meninggal dunia atas nama Vanessa Adzania dan Febri Andriansyah," kata Ketua Polis Daerah Jawa Timur, Kombes Gatot Repli Handoko yang mengesahkan selebriti terkenal Indonesia, Vanessa Angel dan suaminya, Febri Andriansyah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, pada Khamis.

Portal berita CNN Indonesia melaporkan, kemalangan maut itu berlaku di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur. Jenazah Vanessa dan suaminya kini dibawa ke Rumah Sakit Bhayangkara Surabaya.

Menurut pihak polis, tiga lagi penumpang lain dalam kenderaan sama hanya mengalami luka termasuklah anak pasangan itu, Gala Sky Ardiansyah. Semua mangsa kecederaan sudah dibawa ke hospital untuk rawatan: "Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Rumah Sakit Kertosono Nganjuk," jelasnya lagi.

Meninjau laman Instagram Vanessa, beberapa jam lalu, dia bersama keluarganya dalam perjalanan menuju ke Surabaya. Semalam, Vanessa sempat memuat naik beberapa video meraikan ulang tahun kelahiran adik iparnya, Fuji.

Klik untuk gambar besar



Di Instagram, ramai selebriti terkenal Indonesia memuat naik ucapan takziah atas pemergian Vanessa dan suaminya. Antaranya, Ivan Gunawan, Ayu Ting Ting, Ruben Onsu dan ramai lagi.

Peminat-peminatnya juga turut meluahkan rasa kesedihan atas berita mengejut itu dan ramai yang tidak percaya bahawa Vanessa sudah meninggal dunia.

Vanessa, 28, sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dijatuhi hukuman penjara lima bulan selepas didapati bersalah terbabit pelacuran. Dia ditangkap polis bersama seorang bapa ayam ketika menunggu pelanggan di sebuah hotel di Surabaya, Indonesia pada 5 Januari 2019.

Pada Disember 2019, Vanessa dilaporkan berkahwin secara senyap-senyap dengan Febri Ardiansyah tanpa pengetahuan keluarganya. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Gala Sky Ardiansyah yang kini berusia setahun.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: