27 November 2021

BILA FIZZ FAIRUZ PERSOAL WHO BERI AMARAN SUPAYA TAK BERGANTUNG PADA V@KS1N



Menerusi muat naik di laman Instagram, pelakon Datuk Fizz Fairuz telah tampil mempersoalkan mengenai amaran yang diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk tidak terlalu bergantung kepada v@ks1n bagi mengekang penularan wabak.

Dalam hantaran tersebut, beliau mempersoalkan mengenai kebergantungan orang ramai ketika musim wabak meskipun sudah menerima suntikan v@ks1n.

"PULAK DAHHHH.. dah banyak cucuk ni, tetiba ckp mcm tu pulak.. iye ke tak ni.. habis nk bergantung ngan sapa? Hahaha.. kelakar la diaorg ni..," tulis suami kepada pelakon Datin Almy Nadia itu.

Dalam masa sama, Fizz turut berharap agar dapat menyambut Aidilfitri pada tahun hadapan berikutan negara pernah melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) sebelum ini.

Klik untuk gambar besar



"Dah mula dah.. adoii.. harap2 dapat la raya tahun dpn.. asyik turn raya puasa jer pkp.. hope jgn la kali ni.. #kitajagakita," katanya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mempunyai pendapat yang sama dengan pelakon filem 'Munafik 2' itu.

Sebelum ini, Fizz bersama isteri tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk mendapatkan vaksin jenis Pfizer-BioNTech kepada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: