27 November 2021

KONGSI FOTO 'BABY BUMP' - ELVINA NAFI HAMIL, SERBA SALAH RAKAN ARTIS UCAP TAHNIAH



"Saya tak hamil, ramai yang sangkakan saya hamil. Sebenarnya gambar yang saya upload dekat Instagram tu dalam set drama Lockdown. Saya minta maaf, rasa serba salah pula bila dah post lepas tu orang ramai cakap tahniah," demikian jelas pelakon Datin Elvina Mohamad.

Elvina telah dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti, gara-gara memuat naik foto memperlihatkan 'baby bump' dengan kapsyen 'mak buyong'.

Disangka sedang hamil anak kedua, Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 26, mengakui berasa serba salah kerana perkongsian itu hanya penampilannya dalam sebuah drama berjudul Lockdown.

Klik untuk gambar besar



Rata-rata rakan artis dan peminat untuk memberi komen mengucapkan tahniah dan mendoakan selamat melalui proses bersalin: "Ahhh so happy for you. Oh my goodness! Congratulations sayang." - "Yea second one is on the way. Join the club, mother of two!" - "Yeay Karl Mateen nak dapat adik!" antara komen rakan artis pada perkongsian itu.

Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan drama 'Takdir Yang Tertulis' ini tidak menafikan mempunyai berkeinginan untuk menimang cahaya mata kedua apatah lagi usia anak pertamanya Karl Mateen sudah memasuki dua tahun.

"Ramai yang mendoakan dan tanya bila nak ada next baby. Karl dah besar dan kita pun tak ada planning lagi untuk baby kedua. InsyaAllah kalau ada rezeki saya akan share. Tak ada nak sembunyi-sembunyi. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya," ujar yang mendirikan rumah tangga dengan Haniff pada 18 Mac 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Karl Mateen, berusia dua tahun.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: