Selepas Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-34 berakhir, hangat diperkatakan mengenai visual grafik persembahan beberapa artis sehingga menerima kecaman daripada netizen.
Antara yang diperkatakan adalah grafik ketika nyanyian Fauziah Latif bersama Wani Kayrie yang disamakan dengan siri animasi popular kanak-kanak Didi & Friends.
Bukan itu sahaja, persembahan Syamel, Jay Jay dan Anuar Zain turut terganggu apabila muncul grafik seperti bertemakan sebuah akuarium dimana kelihatan seekor ikan paus, ketam dan terumbu karang.
Rata-rata netizen mempersoalkan kredibiliti pihak penganjur apatah lagi anugerah tersebut sudah memasuki tahun ke-34. Dalam pada itu, ada yang berpendapat visual grafik mengarut itu adalah untuk menarik perhatian penonton serta rating supaya ianya trending di media sosial.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment