14 November 2021

SHAHROL SHIRO: "JIKA TAK SUKA SANGAT PUN BERILAH SATU 'HA' TANDA HARGAI USAHA MEREKA..."



"Memang sangat tidak patut apabila dalam sejarah MLM tiada 'Ha' dalam persembahan padahal ada tiga atau empat 'punchline' di situ dan mengena. Saya lihat juri pun tergelak, tetapi tiada 'Ha'. Jika tak suka sangat pun berilah satu 'Ha' tanda menghargai usaha mereka di atas pentas menghiburkan penonton. Nilailah mereka seadilnya dan letaklah mereka yang benar-benar layak di situ.

"Timbul rasa sedih dan kasihan kepada sahabat-sahabat saya yang sedang bertanding. Saya pernah berada di situ dan sangat faham penat lelah mencari sebuah idea untuk dipertontonkan. Kadang-kadang sampai Subuh baru balik rumah, bersiap terus ke konti radio. 'Stress' bila idea ditolak bila 'content check'. Pernah anak demam tapi isteri tak beritahu sebab tak nak saya makin 'stress'. Alhamdulillah isteri sangat memahami.

"Minggu ni kurang, saya nak tengok yang lebih baik minggu depan." Kalau kurang beritahulah yang mana kurangnya supaya diperbetulkan. Macam orang bagi makanan tak sedap, beritahulah apa yang tak cukup sama ada gulanya ke atau garamnya barulah boleh diubah masakannya bagi sedap," kata pelawak Shahrol Shiro.

Klik untuk gambar besar



Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 37, menyifatkan tindakan juri tidak memberikan 'Ha' walau satu kepada peserta yang bertanding di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) adalah keputusan sangat tidak patut dibuat. Shahrol menerusi hantaran di Instagram, menyelar tindakan berkenaan yang disifatkannya tidak adil buat peserta yang bertanding kerana bukan mudah mencari idea untuk dipertontonkan.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 37, berkata apa yang menjadi keresahannya mengenai industri komedi tanah air sudah pernah diungkapkan dari awal pertandingan itu. Malah, apabila dia menonton insiden yang berlaku pada minggu kelima persaingan malam kelmarin, diakuinya amat menyedihkan.

Ujar Shahrol lagi, pada komen juri pula sepatutnya kalau dirasakan kurang mantap maka beritahulah kepada peserta bahagian mana yang kurang itu agar mereka boleh memperbaikinya untuk persembahan seterusnya nanti. Shahrol juga berkata dia tampil bersuara dengan satu niat untuk melihat industri komedi terus maju. Apatah lagi, persembahan peserta untuk pertandingan berprestij seperti MLM hanya dibuat setahun sekali untuk membuka pintu kepada pelawak berkarya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: