10 November 2021

BILA DOKTOR SURUH DUDUK GUA, RITA RUDAINI BIDAS OTAK TAK BIJAK



Nampaknya isu Rita Rudaini tidak habis-habis lagi apabila kali ini pelakon itu memuat naik status mempersoalkan kredibiliti seorang doktor pula yang menghentam golongan tak v@s1n sebagai enggan mengikuti undang-undang negara.

Dakwa doktor tersebut, sesiapa yang tidak patuh undang-undang negara seharusnya keluar sahaja dari Malaysia. Sindir doktor itu lagi, golongan anti v@ks1n boleh terus tinggal di negara ini tetapi hanya di gua, itupun jika gua menerima mereka.

Dek kerana itu, Rita tampil membidas kenyataan doktor itu dengan menyatakan dia tidak menyangka seseorang yang berpendidikan tinggi menulis kenyataan seperti itu.

"Siapakah dia? Pangkat doktor itu untuk apa ya? Jika bermaksud doktor, saya amat terkejut juga dengan pemikiran daripada otak yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepadanya.

"Baru saya tahu, tidak semestinya orang yang belajar tinggi semuanya bijak. Hanya pandai atas kertas peperiksaan bidang mereka sahaja," tulisnya.

Dalam pada itu, meskipun ada yang mencaci Rita dan bersetuju dengan teguran Doktor itu, namum ramai juga yang mempertahankannya dengan mendakwa kata-kata Doktor tersebut terlalu bongkak.

"Betul kata kak rita, aku dan keluarga dah full v@ks1n tapi kami tak pernah post sindir kenalan saudara kawan yang tak v@ks1n sebab alasan dia orang, itu hak diorang, jadi yang v@ks1n jangan lah terlalu sombong berkata2," tulis salah seorangnya.

"Tapi kannnnn....ape hak doktor tu nak suruh dok gua? Penjenayah pon tak di tempatkan di gua.Takut betul nampaknya doktor tu dengan golongan ni 🤣🤣🤣," komen yang lain di laman sosial tersebut.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: