10 November 2021

INI WAJAH BAKAL SUAMI PUTERI AISHAH



"I promise to remember that neither one of us is perfect.. but will strive to remind myself of the ways we are perfect for each other," demikian tulis pelakon Puteri Aishah yang kini mendedahkan wajah bakal suaminya dengan memuat naik sekali lagi foto 'pre-wedding' namun kali ini konsep yang lebih santai.

Melihat pada foto yang dikongsikan, Aishah dan bakal suami tampil sedondon dengan busana ringkas berwarna putih. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan kebahagiaan pasangan ini dan berharap agar majlis perkahwinan kelak akan berjalan dengan lancar dan sempurna.

Sebelum ini, Aishah ada mengumumkan bahawa dia bakal mengakhiri zaman bujangnya, tidak lama sahaja lagi bersama lelaki pilihan yang juga seorang usahawan berusia 28 tahun pada bulan ini. Pelakon filem 'Pulang' ini juga ada memuat naik foto 'pre-wedding' di media sosial Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Menerusi kenyataan kepada media, Puteri mengakui foto-foto tersebut merupakan salah satu persiapan bagi menghadapi hari bahagianya namun tidak mahu terlalu berkongsi dengan lebih lanjut tentang siapakah jejaka yang telah bertakhta di hatinya itu.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: