10 November 2021

MAHU BERSIHKAN NAMA SEMULA - SITI NORDIANA BERHARAP BERJALAN LANCAR



"Saya terima perkara ini sebagai satu ujian besar daripada Allah. Cuma apa yang saya harapkan, semuanya dapat berjalan dengan lancar," itulah kata penyanyi dan pelakon Siti Nordiana yang tidak mahu terus-menerus mengeruhkan keadaan dengan mengambil tindakan mahkamah, namun ia merupakan salah satu cara untuk membersihkan imej yang sudah tercalar.

Menurut Siti Nordiana atau mesra dipanggil sebagai Nana, ketika proses perbicaraan hari pertama baru-baru ini, dia mengakui reputasi serta imejnya sebagai anak seni sedikit terjejas akibat kenyataan berbaur fitnah yang dilemparkan buatnya sebelum ini.

Dalam masa sama, juara Gegar Vaganza 2015 itu turut memberitahu dia tidak boleh mengulas isu terbabit lebih lanjut, terutamanya terma-terma mahkamah kerana proses perbicaraan masih berjalan.

Pada pertengahan Oktober lalu, Nana dan lima individu lain termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura sudah diberi peluang oleh mahkamah untuk menyelesaikan perang antara mereka secara baik, namun peluang bersemuka bertentang mata semasa proses mediasi 19 Oktober lalu disifatkan gagal.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: