02 November 2021

BILA NANA MAHAZAN HADIAHKAN IBU BAPA KERETA PROTON X70 BERNILAI LEBIH RM95,000



"Berkongsi dengan semua bukan niat menunjuk jauh lagi riak. Moga kita sama-sama dapat teruskan usaha kita untuk menggembirakan ibu bapa kita. Jangan pernah mengalah dan penat. Berusahalah untuk sentiasa memberikan yang terbaik. Bukan hasil saja yang dipandang, usaha lebih jauh dihargai.

"Tiada apa-apa pekerjaan kalau kita buat kerana Allah dan untuk menggembirakan yang kita sayang, tiada yang sia sia," itulah ujar penyanyi dan pengacara Nana Mahazan menerusi laman Instagram dimana dia berkongsi video kejutan dengan menghadiahkan ibu bapanya kereta Proton X70 yang dianggarkan bernilai lebih RM95,000.

Hadiah itu diberikan sempena menghargai jasa dan pengorbanan orang tuanya itu. Nana berkata, sebelum ini ibunya pernah memperkatakan mengenai kereta berkenaan sekali gus dia terdetik untuk merealisasikannya.

Klik untuk gambar besar



Menurut Nana, dia turut mendoakan agar semua pihak yang menyaksikan rakaman video terbabit semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesempatan untuk membalas jasa kedua ibu bapa.

"Saya doakan semua yang menonton dilimpahkan rezeki, diberikan kemampuan untuk berkhidmat kepada ibu bapa dan insan yang kita sayang. Kepada mak dan abah, Nana bersyukur dapat keluarga yang amat menyokong, 'cool' dan terbaik. Terima kasih mak dan abah sebab selalu percaya dengan Nana.

"Terima kasih juga buat suami atas restu dan sokongan. Tidak dilupakan kepada adik-beradik, keluarga, pasukan saya dan sahabat-sahabat yang selalu mendoakan. Semoga semua yang baik-baik berbalik pada kalian," katanya.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: