03 November 2021

DIDAKWA SIAP TENGOK WAYANG KAT PENANG - SYUK TERKANTOI DATING DENGAN SKANDAL GELAP LAGI?



Bukan setakat isteri sahaja yang kini tahu, tetapi ada netizen yang mendakwa terserempak dengan Syuk Sahar bersama Farah sambil bergambar dengan peminat.

Malah mereka berdua juga dilihat tanpa segan silu berjalan berduaan seolah tiada apa yang berlaku antara mereka.

Drama tersebut bermula apabila isteri pelawak itu, Rossa Sera mendedahkan suaminya itu didakwa curang semula atas maklumat netizen yang melihatnya dengan mata mereka sendiri.

Malah melalui satu perkongsian di Insta Story, Sera seakan meluahkan rasa geram dengan Syuk dan skandal gelapnya itu apabila menerima maklumat itu daripada netizen yang mendakwa terlihat Shuk bersama kekasih gelapnya menonton wayang di Pulau Pinang.

Apa yang menyedihkan, Sera pantas menafikan yang dia bersama Shuk ketika itu tetapi mendakwa Syuk bersama wanita dikenali sebagai Farah.

Sera juga sempat menyindir suami dan skandalnya itu apabila berpura-pura menjadi mangsa sedangkan ramai mendakwa melihat mereka dating bersama.

Klik untuk gambar besar



Sehubungan itu, Sera meminta lebih ramai yang melihat atau terserempak dengan mereka berdua supaya merakam video dan mengambil gambar sebagai bukti.

Untuk info, drama mengenai hal rumah tangga Shuk yang berlaku curang telah hangat sejak tahun lalu lagi. Sera bagaimapun mengakui terkilan apabila peluang demi peluang yang diberikannya pada Syuk disia-siakan begitu sahaja.

Dalam pada itu, ada netizen lain yang mengsyaki kemungkinan Syuk dan isterinya sengaja cipta drama untuk menaikkan nama Syuk semula yang terjejas dengan isu kontroversi.

"Ko dedah kat socmed untuk apa? Adakah ko ni memang nak create drama macam DSV dengan Iqbal jugak?! Tak faham aku perempuan level ni," tulisnya di ruangan komen sebuah laman sosial.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: