06 November 2021

BILA NETIZEN PUJI HARTAWAN TERKENAL PAKAI SELIPAR ASADI, MALAH TAK BALING DUIT



'Lowkey, humble dan simple sahaja pakaian dia. Ni baru betul billionaire, bukan macam si polan tu baru kaya sikit dah baling-baling duit macam tak ada nilai. Siap listkan ootd dari atas sampai bawah".

"Biasa gila, kalau orang tak kenal Tan Sri ni ingat macam orang kampung biasa saja," kata beberapa netizen yang memuji ahli penampilan perniagaan terkenal, Tan Sri Vincent Tan.

Baru-baru ini, keluarga pasangan selebriti iaitu Hairul Azreen dan Hanis Zalikha menjadi perhatian ramai apabila menaiki helikopter bercuti ke Pulau Redang. Selepas menaiki helikopter, keluarga itu menyambung percutian mereka dengan menaiki kapal layar mewah milik hartawan itu.

Namun, apa yang menjadi perhatian ada satu gambar dikongsikan dimana Tan Sri Vincent Tan hanya mengenakan baju dan seluar biasa serta mamakai selipar berjenama Asadi. Rata-rata netizen terkejut serta memuji pakaian hartawan itu yang hanya biasa-biasa sahaja tidak seperti orang yang 'mula nak kaya'.

Untuk makluman, Tan Sri Vincent Tan sememangnya terkenal dengan kekayaannya, malah beliau turut memiliki kelab bola sepak terkenal yang berpengkalan di England.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: