Pelakon Puteri Aishah, 27, semalam telah selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati iaitu seorang ahli perniagaan, Muhammad Firdaus. Pasangan ini turut mengadakan majlis resepsi mereka sejurus majlis akad nikah.
Rata-rata netizen memuji pasangan pengantin itu yang dilihat sama cantik sama padan. Lebih menjadi perhatian netizen suami Puteri Aishah yang mempunyai rupa paras yang segak.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan suami Puteri Aishah yang berusia 28 tahun itu mempunyai wajah seiras Putera Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Abdul Mateen. Malah, ada yang mengatakan wajah suami Puteri Aishah itu seperti pelakon di dalam drama Thailand.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment