22 November 2021

DIKRITIK SUMBANG, NETIZEN SURUH MASAK JE - FAZLEY YAAKOB TAMPIL MOHON MAAF



"Wow.. @gegarvaganzaofficial 8 is such a big stage. Rasa macam berdiri di hujung padang bola. Memang nervous habis, sekian lama tidak menyanyi atas pentas besar, hanya menyanyi sambil memasak di dapur. Maafkan saya buat mereka yang hampa, terima kasih buat mereka yang memahami. Syukur buat mereka yang masih sudi memberikan semangat.

"Insya-Allah, saya akan cuba lebih baik minggu hadapan dengan lagu abang @hasnol "laguku untukmu"," demikianlah tulis Datuk Fazley Yaakob menerusi muat naik di laman Instagram selepas suara nyanyian meneriman kritikan daripada netizen.

Semalam, GV8 membuka tirainya malam tadi menyaksikan 13 peserta menyanyikan lagu mereka sendiri minggu pertama. Pada konsert minggu pertama itu, Fazley yang menyanyikan lagu 'Asmara' Ini mendapat markah terendah, bagaimanapun, tiada penyingkiran semalam.

Klik untuk gambar besar



Diruangan komen YouTube Astro Gempak semalam, penonton tidak melepaskan peluang mengkritik persembahan cef selebriti itu yang dikatakan sumbang.

Malah, ada yang mengatakan vokalnya lebih sedih daripada lagu dan seperti menyanyi di pusat karaoke. Tidak kurang juga, rata-rata netizen mengatakan adalah lebih baik jika Fazley menjadi cef atau terus memasak sahaja daripada menyanyi.

Sementara itu, dalam konsert tersebut, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendapat markah tertinggi. Persembahan 13 peserta diadili oleh tiga juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: