30 November 2021

BILA TOK RAM NAFI DIRINYA 'SANG BARA': "DARI SEGI MANA NAGA ITU SAYA?



Semua sedia maklum mengenai karakter juri ke-5 iaitu Sang Bara dalam Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) dimana sifatnya yang sering menjadi perhatian kerana 'kedekut' dalam memberikan markah 'HA' kepada peserta program itu.

Ramai yang membuatkan tekaan siapakah disebalik karakter Naga itu. Pelbagai nama yang dipetik termasuklah maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS atau mesra disapa sebagai Tok Ram apabila nama beliau menjadi bualan hangat warga maya. Suami kepada penyanyi Alyah ini didakwa insan di sebalik karakter 'Sang Bara'.

Bukan sahaja peminat rancangan lawak itu yang galak meneka, malah hos terkenal Nabil Ahmad turut membawakan persoalan itu dalam GV8. Nabil dilihat sempat berseloroh sambil mengasak Ramli MS dengang mengatakan dia sebenarnya individu di sebalik maskot Sang Bara itu.

Klik untuk gambar besar



Meskipun sempat menafikan dakwaan Nabil itu, nampaknya masih ramai yang tak puas hati jawapan Ramli MS. Dek kerana itu, Ramli MS kemudiannya dihubungi sebuah media untuk mendapat jawapan tepat mengenai andaian yang berlegar dalam kalangan penonton rancangan itu.

"Dari segi mana naga itu saya? Kan saya dah kata bukan saya. Nak saya carut ke?," soal Ramli MS kembali.

Mungkin juga dari segi penampilan dan suaranya yang tegas, nama Ramli MS itu pastinya menjadi tumpuan utama netizen. Namun, komposer terkenal itu bertegas bahawa dia bukan orang di sebalik maskot itu.

Anda rasa siapa agaknya 'Sang Bara' ni ya?



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: