30 November 2021

"ITU HAK DIA UNTUK BERSUARA & SAYA HORMATI BELIAU" - FAZLEY TAK KECIL HATI DIHINA



"Saya tak perlu tunjukkan reaksi. Itu hak dia untuk bersuara dan saya hormati beliau. Itu cara dia berfikir. Saya tak kecil hati. Kalau berjumpa saya boleh bertepuk tampar. Saya akan masih anggap dia sebagai abang.

"Saya baca tapi saya gelakkan (ketawa). Saya dah kenal dia sejak saya di MasterChef Malaysia, malah sebelum itu lagi," kata penyanyi Datuk Fazley Yaakob yang menganggap sindiran berunsur penghinaan seorang selebriti lelaki terhadapnya ini sebagai panduan kepadanya untuk dijadikan sempadan.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan nyanyian Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob menerusi lagu 'Asmara ini' yang dikatakan sumbang pada konsert minggu pertama Gegar Vaganza ke-8 (GV8).

Mengulas persembahannya dalam minggu kedua menerusi lagu 'Laguku Untukmu', Fazley berkata, dia berpuas hati kerana nyanyiannya kali ini lebih baik.

Klik untuk gambar besar



"Saya dapat kawal gemuruh. Minggu kedua ini saya dedikasikan untuk arwah ayah yang meninggal dunia lima tahun lalu. Sebagai ketua keluarga saya tak boleh tunjuk sedih. Lagu ini banyak kenangan. Saya pun tak kisahkan juri kerana lebih kenang ayah. Nampaknya Bunda (Hetty Koes Endang) faham. Wasiat ayah, walau apapun berlaku jangan berhenti menyanyi," ujarnya.

Menurut Fazley yang menduduki kedudukan kedua terbawah selepas Nico G dengan markah sebanyak 56 peratus di minggu kedua GV8, dia bukan penyanyi pertandingan, sebaliknya hanya penyanyi rakaman biasa serta bersedia dengan apa saja keputusan.

"Apabila masuk GV, saya dah buka minda dan tak tutup pun ruang komen, saya benarkan mereka (warganet) untuk kritik, mengeji dan sebagainya. Berada di pentas GV kita milik mutlak penonton, hak mereka untuk menilai. Jadi bila ada orang minta kita terkeluar, maknanya orang ambil peduli apa yang kita buat," tuturnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: