02 November 2021

DIKURNIA DUA CUCU DIUSIA 48 TAHUN - FAUZI NAWAWI LUAH SYUKUR & TERUJA



Pelakon Fauzi Nawawi meluahkan rasa syukur dan teruja apabila dalam tempoh sebulan diusia 48 tahun, dia dikurniakan dua cucu. Fauzi berkata, dia dikurniakan cucu pertama selepas anak sulungnya, Nurul Hainil, 26, melahirkan bayi perempuan dinamakan Yasmin pada 27 September lalu.

Pada 26 Oktober lalu, Fauzi dikurniakan cucu kedua apabila anaknya yang juga penyanyi dan pelakon, Fareez bergelar bapa selepas isterinya, Nurwathiqah Abdul Wahab, 23, melahirkan bayi lelaki diberi nama Farrel. Menurut Fauzi, dia cukup seronok apabila bergelar datuk dan keluarganya semakin besar.

"Memang teruja sangat sekarang sudah ada dua cucu. Nasihat saya kepada Fareez, anak itu adalah amanah dan menjadi penguat semangat untuk terus maju dan pandang hadapan," katanya.

Klik untuk gambar besar



Semalam, Fareez menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi berita gembira bergelar bapa selepas isterinya selamat melahirkan bayi lelaki pada 26 Oktober lalu.

Untuk makluman, Fareez dan Nurwathiqah mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu selepas lebih tujuh tahun bercinta. Mereka bertunang pada 21 September tahun lalu. Nurul Hainil pula berkahwin pada 8 Ogos tahun lalu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: