02 November 2021

EKSKLUSIF : PELAKON & TOP 3 DEWI REMAJA 2019/2020, NYNA HARIZAL DIUGUT DENGAN SENJATA API & DICULIK?



Gara-gara perkahwinan yang penuh ranjau, pelakon yang juga top 3 Dewi Remaja tahun 2019/2020, Nyna Harizal, didakwa diugut dengan senjata api oleh pihak yang rapat dan dikenalinya.

Nyna yang baru sahaja mendirikan rumah tangga beberapa bulan lalu atas dasar cinta, dikatakan hidup bahagia dengan suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Bagaimanapun, dakwa sumber, pada 1 November lalu, seseorang telah ‘menculik’ pelakon itu ketika dia berada di set penggambaran sebuah drama di Shah Alam, Selangor.

Malah penculik itu juga berlagak seperti gangster dengan bertindak mengacukan sepucuk pistol ke arah perut pengawal peribadi Nyna sambil memberi amaran akan melepaskan tembakan jika dia dihalang.

Klik untuk gambar besar



Turut serta bersama 'penculik' yang datang ke set penggambaran itu ialah beberapa orang yang didakwa dikenali Nyna di mana mereka masuk ke set penggambaran lalu menariknya masuk ke kereta sebelum membawa pelakon itu pergi.

Bimbang perkara yang tidak diingini berlaku, suami Nyna telahpun membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan meminta pihak polis menyelamatkan isterinya yang dilarikan secara paksa.

Dakwa suaminya, perbuatan jenayah itu kemungkinan bermotif peras ugut bagi mendapatkan wang.

Untuk info, perbuatan tersebut adalah salah dari segi undang-undang dan boleh disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 8 Akta Senjata Api.




Sumber : Berita 757

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: