19 November 2021

DSV BANGGA JADI JANDA KELANTAN - DAKWA RAMAI YANG MASUK MEMINANGNYA, TAPI DITOLAK



“Saya setuju 200 peratus saham janda lagi tinggi dan lebih mahal berbanding anak dara, pasti ramai yang tercabar dengan janda terutama janda Kelantan. Saya tengok dekat TikTok pun ramai lelaki nak kahwini janda.

“Iyalah janda sekarang pun dah pandai berhias, cantik-cantik, itulah sebab anak teruna ramai gilakan janda. Kalau tak manalah orang gilakan kita sampai macam tu sekali,” ujar Usahawan Kosmetik, Datuk Seri Vida, yang meluahkan rasa bangga terhadap golongan janda terutamanya yang berasal dari Kelantan.

Malah dakwa Vida, dirinya sendiri sepanjang empat tahun bergelar janda, beberapa lelaki bujang turut mendekatinya dan berhasrat mahu mengahwininya.

Klik untuk gambar besar



"Saya belum bersedia bergelar isteri kerana tiga kali gagal dalam perkahwinan sebelum ini dan lebih gembira dengan kehidupan saya kini.

“Kalau ikutkan lamaran daripada lelaki bujang yang masih teruna ni orang kata riak pula..tapi hati tak boleh dipaksa-paksa terima orang.

“Apabila hati dah retak lagi la takut.. lebih-lebih lagi saya pernah trauma melalui alam perkahwinan dahulu, jadi saya dah tak sanggup nak hadap,” tambahnya yang mengulas mengenai perkahwinan Caprice dengan janda anak satu dari Kelantan, yang dipetik melalui Mstar.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: