19 November 2021

GEMBIRA DENGAR SUARA ISTERI - FAHMI PELIK NYNAA HARIZAL LETAK 7 SYARAT BERJUMPA



Pelakon Nynaa Harizal yang sebelum ini mendiamkan diri akhirnya tampil membuka mulut dengan mengatakan dia sudah menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Mohamed Fahmi Ilyas, di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru, Johor, pada 10 November lalu.

Nynaa yang kini berada bersama keluarganya di Johor Bahru berkata dia sentiasa berdoa agar suaminya itu melepaskan dia secara baik tanpa menjelaskan secara terperinci tentang punca masalah rumah tangga mereka. Selain itu, Nynaa turut menafikan dirinya diculik keluarganya seperi yang didakwa.

Terkini, suami Nynaa mendedahkan isterinya itu meletakkan tujuh syarat untuk bertemu bagi membincangkan urusan perceraian mereka. Kisah pasangan ini bagai kisah legenda Puteri Gunung Ledang di zaman moden.

Biarpun gembira mendengar suara isteri menerusi panggilan telefon, namun perasaan Fahmi, 29, berubah setelah mendengar semua syarat yang diletakkan oleh Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal, 25.

Klik untuk gambar besar



"Memang benar dia ada hubungi saya pada 12 November lalu sekitar pukul 6 petang seperti yang dikatakan dalam kenyataannya semalam (Khamis). Pada 30 saat pertama masa dia call, saya gembira dengar suara dia tapi selepas itu saya macam tak sedap hati. Dia beri tujuh syarat untuk berjumpa dengan saya bagi membincangkan masalah kami.

"Syarat pertama, nak jumpa di pejabat peguam di Johor Bahru, keduanya saya kena datang seorang diri. Manakala ketiga, saya tak boleh rakam perbualan. Saya juga tak boleh bawa pemandu, tak boleh bawa bodyguard, tak boleh bawa keluarga dan media. Kata nak jumpa tapi kenapa banyak syarat?" soal Fahmi ketika ditemui mStar pada Jumaat.

Dalam pada itu, Fahmi yang bekerja dalam sektor kewangan mengakui hubungan dia dengan ibu bapa mentuanya mula bergolak selepas berkahwin dengan Nynaa. Tidak dapat memastikan punca sebenar, Fahmi memberitahu berlaku beberapa isu antara mereka antaranya dipercayai melibatkan hal kewangan.



"Sebelum berkahwin, hubungan saya dengan keluarga dia memang sangat baik dan kami rapat. Tapi selepas kami bertunang, keluarga dia terutama ibunya agak lain sikit daripada segi layanan. Sejujurnya memang ada isu antara saya dan ibunya.

"Ada beberapa isu dan salah satunya melibatkan kewangan. Tapi saya tak dapat mengesahkan isu itu menjadi punca sebab saya sendiri tak tahu apa sebenarnya masalah yang menyebabkan hubungan saya dengan keluarganya jadi begini. Saya memang nak berjumpa dengan ibu Nynaa tapi dia tak nak. Nynaa pun beberapa kali cuba untuk baikkan hubungan saya dengan ibu dia," ujarnya.

Pada 11 November lalu, Fahmi membuat tuntutan nusyuz agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa Harizal didakwa keluar rumah tanpa kebenaran.

Permohonan itu difailkan Fahmi selaku plaintif di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Noriah Zakaria. Untuk makluman, Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan sehingga kini belum dikurniakan cahaya mata.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: