23 November 2021

"DUA DOS PUN GOYANG..." - RITA BERSUARA ISU CIKGU TAK V@KS1N DIASINGKAN DUDUK STOR ZINK



"Aiik? Dah kena 2 dose pon goyang dengan cikgu tak v@ks1n ke cik pengetua dan cikgu-cikgu lain? Nanti mati pegang bendera," tulis pelakon Rita Rudaini yang sekali lagi bersuara dan kali ini berkenaan isu cikgu yang tak div@ks1n ditempatkan di stor zink di sebuah sekolah menengah di Perak.

Dek kerana itu, nama Rita sekali lagi menjadi bualan ramai apabila meluahkan rasa tidak puas hati berikutan isu berkenaan. Dalam pada itu, Rita turut menyindir kakitangan sekolah yang masih takut dengan golongan yang tidak vaksin meskipun mereka sudah lengkap dua dos v@ks1n.

Rita turut memuat naik video dikongsikan oleh seorang guru yang mendedahkan tindakan zalim pentadbir sekolah berkenaan apabila diasingkan di satu bilik stor yang asalkan merupakan bilik stor Pendidikan Jasmani.

Klik untuk gambar besar



"Assalamualaikum, saya Cikgu Hafizan SMK St Michael, Ipoh Perak. Jadi sepertimana yang kita tahu, saya diasingkan, jadi saya diberikan satu bilik untuk saya tinggal, duduk berasingan.

"Saya dah cuba masuk ke dalam bilik itu. Cuma ada meja dan tidak ada apa-apa kerusi. Ada kipas, tapi tiada plug untuk saya gunakan sewaktu menggunakan laptop dan sebagainya. Bilik itu diperbuat daripada zink. Saya masuk sekejap sahaja. Sangat panas," kata guru tersebut.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: