23 November 2021

UPIAK ISIL BEREMOSI KEMAMPUAN NYANYIAN DIPERSOAL: "KOMEN SEOLAH-OLAH MEREKA TUHAN"



"Kenapa mereka komen seolah mereka itu Tuhan. Saya orang yang suka fikir dan kadang 'overthinking'. Apabila terima komen negatif, saya jadi kurang keyakinan diri. Sebagus mana pun kita, pasti akan kelihatan salah di mata mereka yang tidak suka.

"Rezeki dan kesempatan itu bukan mereka yang atur," kata salah seorang bintang Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) iaitu Upiak Isil yang tidak dapat menahan emosi sedih sehingga mengalirkan air mata berikutan sering dikritik mengenai kemampuannya untuk menyanyi di atas pentas.

Ujar Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda, 34, dia menerima kecaman dan pernah dihina sehinggakan nama keluarganya turut terpalit sama. Katanya lagi, perkara yang paling kerap dipersoal adalah mengenai kebolehannya untuk menyampaikan lagu berikutan dia sebelum ini sering membawakan lagu-lagu berunsur genre komedi.

Klik untuk gambar besar



Upiak berkata bahawa dia tidak pernah terlintas untuk menyanyikan lagu komedi namun tetap memperbaiki cara nyanyian terutamanya dalam bahasa Inggeris meskipun dirinya tidak berapa mahir menyanyikan lagu bahasa asing.

Tambahnya, dia kini mengambil pendekatan untuk tidak mahu mengambil peduli mengenai komen negatif seperti itu kerana sedar dia perlu kuat apabila sudah terjun ke dalam dunia seni.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: