23 November 2021

IBU JATUH BILIK AIR, ALAMI LUKA BAWAH MATA - ARIL CEMAS TERIMA BERITA



"Pagi tadi (Selasa) dalam pukul 7, mak saya jatuh... memang rasa cemas dan terkejut la sebab hari yang sebelum tu ada saya kat melaka baru je jumpa mak. Pukul 3 pagi dia bangun nak pergi toilet lepas itu dia keluar dari toilet dan nak masuk pintu bilik kaki dia tersandung mesin urut kaki, dia jatuh muka kena bucu meja makan.

"Saya ingatkan main-main, mata mak koyak. Muka mak bengkak sebelah dan doktor clear luka dan everything. Saya suruh ayah bertenang kalau boleh segera mak pergi hospital terdekat sebab nak check condition macam mana," kata penyanyi Aril Pilus yang berasa runsing dan bimbang apabila menerima berita ibunya iaitu Normah Abdullah, 64, mengalami kecederaan di bahagian mata akibat terjatuh dan terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital di Jasin, melaka.

Berkongsi kejadian itu, Aril berkata kaki ibunya tersandung ketika keluar daripada bilik air dan terjatuh sehingga terkena bucu meja pada bahagian mata. Aril berkata, ibunya yang menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis itu terpaksa ditahan untuk pemerhatian selama empat jam di hospital.

Klik untuk ganbar besar



"Mak saya kena observation untuk pastikan tak ada apa-apa yang serius. Dalam masa itu mak tak lalu makan sebab kalau makan dia akan muntah balik. Kita risau sebab mak saya ada kencing manis dan darah tinggi, jadi takut kalau luka di mata dia tu mesti susah nak baik," ujarnya.

Tambah Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 36, mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk menghantar ibu mereka ke pakar mata untuk memastikan tiada sebarang kecederaan serius berlaku.

"Buat masa sekarang mak saya akan duduk dengan kakak saya dekat bandar supaya senang ada orang jaga. Saya risau dia berdua dengan ayah di kampung. Esok nak pergi jumpa pakar mata sebab nak tengok condition mata mak, risau kalau ada yang serius sebab kena jahit," jelasnya lagi.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: