01 November 2021

"HABIS DUIT TUNJUK 'STRAIGHT' TAPI ANAK PULA OKU" - DR SAY TERKILAN KOMEN NETIZEN



"Kau cakap menyesal tu sebab senang cerita jer, kau tu gay yang berpura-pura minat kat perempuan. Bila tengok anak jadi macam tu, terus kau rasa nyesal sebab kau dah habiskan duit semata-mata nak tunjuk 'straight' tapi anak pula OKU. Bodoh amat... gi sayang anak kau lah tanpa syarat," demikian komen salah seorang netizen terhadap doktor selebriti popular, Dr Say Shazril.

Enggan berdiam diri, Dr Say menerusi laman Instagram telah meluahkan rasa terkilan dengan kata-kata pengguna media sosial berkenaan yang meninggalkan komen melampaui batas mendakwa dirinya menghabiskan duit demi membuktikan bahawa dia lelaki sejati.

Lebih membuatkan dirinya kecewa adalah apabila anak sulungnya, Aezriel atau nama panggilan Ace, 2, dilabelkan sebagai anak OKU selepas dia membuat perkongsian mengenai gangguan neuro atau autisme anaknya sebelum ini.

Oleh kerana itu, Dr Say memohon agar pihak pengguna media sosial untuk membaca isi kandungan bahan yang diterbitkan di platform berita agar tidak melulu membuat kesimpulan yang tidak masuk akal.

Klik untuk gambar besar



"Topic : Don't You Dare Touch My Son. Sebab utama mak sy melarang sy daripada bercerita kisah Ace adalah sebab dia takut orang akan treat Ace differently & segelintir orang might be pathetic. Masin mulut mak sy. Sy baca komen2 kalian di instagram & Alhamdullilah 99% are very kind, supportive & motivating. Arini sorang follower share kat sy the remaining 1% & it really pisses me off.

"Sy okay ja nak tuduh apa jua orientation sy under the sun, biasa kena dah. Tapi to pick on my son is terpaling kurang ajar! Tak baca full cerpen & buat assumption based on tajuk click bait @501awani siapa yg terpaling "bodoh amat" sekarang ni? "Habiskan duit semata2 nak tunjuk straight" pulak ape cerita? Taktau pulak selama ni straight guys perabih duit just to be straight aduhai context perbincangan ko.

"Takpelah Mal (if that is your real name), I forgive u & I do not intend to take action on your defamation but I do hope you find it in you to read any article that u came across to the fullest before making any empty-headed status like this. Aku dah rujuk pakar kanak2, aku tak habis duit untuk buktikan aku straight, aku tak gay & yg paling penting aku sayang anak aku unconditionally. I wish you all the best in your sex addiction recovery. Jangan frust aku straight," tulis Dr Say.

Terdahulu, Dr Say atau nama sebenarnya Muhammad Shazril Shaharuddin berkongsikan kisah perkembangan neuro anak pertamanya, Aezriel, 2, yang disahkan menghidap mild autisme.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: