01 November 2021

USIA 15 TAHUN, ASHIRA SPORTING SET DATING ANAKNYA JUMPA AWEK



"Bila anak dah besar kita tak boleh nak halang dia nak berkawan.. benda yang tak baik kita tegur.

"Kalau kita membangkang ini tak boleh itu tak boleh nanti budak-budak ni memberontak lagi susah jadinya.

"So today mama dengan baik hati secretly buat temujanji dengan kawan perempuan dia ni tanpa pengetahuan dia. Yang penting depan mata," ujar Bintang GV7 Ashira mengenai anak tunggalnya, Megat Syazril yang kini berusia 15 tahun berdating dengan awek.

Yang istimewanya, dia secara sporting telah membuat temujanji tersebut bersama awek anaknya itu bernama Yana secara rahsia semata-mata untuk menggembirakan anak lelakinya itu.

Menurut Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, dia sengaja membuat plan kejutan itu sebagai sokongan terhadap anak lelakinya itu biarpun lebih muda dari kawan perempuannya.

"Yang kelakarnya dia nampak macam 'abang' padahal budak perempuan ni lagi tua dari dia hahaha alahai so cute! Happy Birthday once again Yana.

Klik untuk gambar besar



"Next year boleh celebrate sekali selang sehari jer birthday Yana dengan Aunty. "Korang dua kawan elok-elok, jangan terjebak dengan benda-benda yang tak elok.. Apa-apa pun pelajaran mesti diutamakan, ingat pesan mama selalu okey," tambah Ashira dipetik sebagai berkata.

Wahhh... Untungnya anak-anak sekarang boleh jumpa kekasih dengan izin ibu-bapa tanpa perlu main sorok-sorok lagi.

Untuk.makluman, pada awal tahun 2021, Ashira telah terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga bersama peserta GV7 juga iaitu Bad Indigo.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: