01 November 2021

PUTUS CINTA - ISMAIL IZZANI & BEKAS KEKASIH BUANG CINCIN BERLIAN KE SUNGAI



Masa bercinta memang semuanya indah belaka... namun bila putus cinta, apa dibuat serba tak kena. Demikianlah apa yang berlaku terhadap Ismail Izzani dan bekas kekasihnya yang juga penyanyi Shalma Eliana.

Ismail atau lebih mesra disapa Mael akhirnys mengesahkan yang dia dan Shalma telah berpisah menerusi temu bual di Melodi semalam.

"Ya betul kami dah putus. Saya rasa kami dah pilih jalan sendiri. Saya pun banyak lagi nak explore dan kutip pengalaman.. sama juga dengan Yana (panggilan Eliana).

"Tapi kami masih berkawan. Saya boleh katakan I did my mistakes and mess-up. Bagi saya, sekarang ini nak fokus pada diri sendiri, keluarga dan orang sekeliling yang bagi good energy," akauinya.

Klik untuk gambar besar



Namun apa yang tak sedapnya ialah apabila sebentuk cincin berlian sebagai tanda janji ‘setia’ telah dicampakkan oleh mereka berdua ke sungai. Sikap membazir itu menimbulkan rasa kecewa segelintir pihak kerana pasangan itu seolah kurang prihatin dengan nasib rakyat Malaysia yang dirundung malang dimusim pandemik ini.

"Kan elok kalau korang sedekah cincin tu kat orang miskin yang bertungkus lumus cari duit untuk beli makanan. Atau korang jual, pas tu sedekah kat masjid. Dibuang buat apa? Tahulah korang hidup senang," komen salah seorang daripada netizen.

"One thing that happened to ring. Kitorang pergi berkhemah dengan kawan-kawan, masa tengah mandi sungai saya cakap dekat dia, let’s just throw this ring.



"Saya masih menyayangi Yana, dia sangat bermakna dalam hidup saya. Dia banyak ajar saya, dia juga ubah diri ini untuk berdiri di posisi yang tidak pernah berada.

"Untuk sekarang saya rasa tak! Selagi saya tak bersedia, saya tak akan kembali dekat dia. Saya penat untuk buktikan yang saya worth it. Saya penat untuk buktikan I’m not a mistake. Saya penat dah sakitkan hati sesiapa. Insya-Allah bila saya dah sedia, saya akan sayang dia," tambah Mael dipetik sebagai berkata.

Untuk yang belum tahu, Ismail dan Eliana berkenalan sejak 2014 dan mula rapat empat tahun kemudian.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: