01 November 2021

UMMI NAZEERA DEDAH ALAMI KEMURUNGAN TERUK, 'BERPERANG' DENGAN PERASAAN SENDIRI



"Saya nak berkongsi pengalaman ketika hamil anak kedua. Saya mengalami tekanan perasaan yang teruk kerana berat badan naik dengan mendadak. Sebelum mengandung berat badan saya sekitar 54 kilogram (kg) sahaja. Tetapi ketika hamil, berat badan naik sehingga 78kg. Keadaan itu menyebabkan saya menjadi murung dan sedih.

"Saya banyak menangis seorang diri dan tertanya-tanya punca badan saya mengalami perubahan begitu mendadak. Sehingga doktor tegur kerana berat badan saya naik secara berlebihan. Pada awal kehamilan iaitu sekitar Januari lalu, saya alami pendarahan. Bila terjadi pendarahan, saya tidak boleh banyak bergerak.

"Saya perlu berbaring di atas katil (bed rest) selama beberapa bulan sehingga kandungannya betul-betul kuat. Suami pula ketika itu terlalu sibuk kerana bertugas sebagai petugas barisan hadapan (doktor). Keluar awal, balik lewat, jadi saya tidak ada sokongan moral ketika itu menjadikan saya berasa lebih tertekan.

Klik untuk gambar besar



"Saya tidak salahkan dia (suami) sebab faham tugasnya. Cuma saya 'berperang' dengan perasaan sendiri. Nak bercakap dengan siapa? Nak bercakap dengan anak sulung (Ayra Aneesah yang berusia sekitar dua tahun), dia masih kecil. Saya minta izin untuk tinggal di rumah ibu buat sementara waktu.

"Suami faham dan dia ikut sekali duduk bersama ibu sehingga saya bersalin dan habis berpantang," demikianlah cerita pelakon Ummi Nazeera dimana dia mengakui pernah mengalami tekanan perasaan yang teruk apabila berat badannya naik dengan mendadak sewaktu hamil anak kedua.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: