01 November 2021

YATT HAMZAH TERINGIN MATI DI MADINAH, JADI CLEANER PUN TAK KISAH



"Memang dah lama teringin nak membantu pekerja kebersihan di dalam Masjid Nabawi sebab Bonda ni memang suka sangat membersihkan rumah. Alhamdulillah direzekikan dapat merasa menjadi cleaner Masjid Nabawi walaupun hanya sebentar.

"Aku amat teringin untuk mati di sini agar dapat disemadikan di perkuburan Baqi'. Jika pada perkiraanMU, salah satu cara untuk berada di sini adalah dengan menjadi seorang cleaner di sini, aku amat berbesar hati YA Allah.

"Aku amat amat bangga andai dapat berkhidmat di sini buat Rasulullahku SAW. Kau makbulkanlah doa-doa bonda ini wahai Tuhan Yang Maha Memaqbulkan doa," itulah luahan pelakon Yatt Hamzah yang dikongsinya menerusi laman Instagram.

Klik untuk gambar besar



Yatt yang kini sedang mengerjakan ibadah Umrah itu meluahkan rasa terharu apabila diberi kesempatan membersihkan tempat kedua paling suci bagi umat Islam selepas Masjidil Haram iaitu Masjid Nabawi.

Dalam hantaran tersebut, ibu kepada enam cahaya mata itu turut memuat naik video memaparkan dirinya sedang membersihkan karpet dalam Masjid Nabi itu dengan menggunakan vakum.

Terdahulu, Yatt nekad untuk menunaikan umrah seorang diri serta meluahkan rasa syukur apabila dijemput ke sana lagi meskipun berat untuk meninggalkan anak-anak.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: