"Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana bagi kemanisan dalam rumah tangga kami. Sebagai suami kepada Zizi saya reda dengan ujian yang Allah bagi dekat isteri saya. Saya sangat-sangat bersyukur sebab Zizi sangat kuat menghadapi segala ujian Allah ini.
"Saya akan support dia 100 peratus untuk terus istiqamah di jalan Allah. Saya akan sentiasa ada di sisi dia walau apa pun ujian yang dihadapinya," kata suami kepada penyanyi Zizi Kirana iaitu pelakon Yusof Bahrin menerusi muat baik laman Instagram
Mengulas lanjut tentang situasi yang dihadapi Zizi dengan penerbit dan pengarah drama 'Jamu Nesan', Datuk Rafiena, Yusuf berkata dia bersyukur kerana isterinya tetap dengan pendirian untuk menjadi seorang muslimah yang baik.
Klik untuk gambar besar
"Saya nampak dia seorang yang tabah dan cekal menghadapi ujian. Sentiasa bersangka baik dan senang menolak perkara-perkara negatif ni ke tepi.
"Senyum je dia... MasyaAllah. Saya pun tak sekuat dia dalam menghadapi ujian. Allah tu sebaik-baik perancang dan Maha mengetahui kerana jodohkan saya dengan Zizi yang penyabar dan positif. Dia seorang yang tetap pendiriannya tambahan pula apabila berkenaan dengan isu agama," katanya.
Untuk makluman, Yusuf dan Zizi sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 19 September lalu.
________________________
No comments:
Post a Comment