01 November 2021

TAHNIAH - AI WAHIDA KINI BERGELAR ISTERI



Kira-kira pukul 10.30 pagi Isnin, penyanyi Ai Wahida telah pun sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya iaitu Muhammad Syafiq, dengan sekali lafaz dalam satu acara akad nikah yang diadakan di Pejabat Agama Johor Bahru, Johor.

Pada majlis akad nikah itu, Muhammad Syafiq menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas tiga dulang. Ai Wahida turut menerima mas kahwin bernilai RM50 serta hadiah seutas gelang dan sebentuk cincin.

Ai Wahida atau nama sebenarnya Wahida Amalin Atan, melahirkan rasa syukur acara akad nikahnya itu berjalan dengan lancar. Dalam pada itu, penyanyi berusia 23 tahun ini berkata dia berasa sebak terkenang pelbagai dugaan yang ditempuh sepanjang perkenalan dengan suami sejak Mei tahun lalu.

"Alhamdulillah... majlis akad nikah di Pejabat Agama Johor Bahru berjalan dengan lancar. Dengan sekali lafaz saya sah bergelar isteri sekitar pukul 10.30 pagi. Hanya saya, pengantin lelaki dan wali iaitu bapa saya sahaja ada di sana.

Klik untuk gambar besar



"Perasaan memang sangat lega sebab semuanya dah selesai. Tak sangka saya sudah menjadi isteri orang. Terharu dan sebak sebab kami lalui pelbagai dugaan sepanjang perkenalan terutama waktu pertunangan," katanya.

Ai Wahida yang sebelum ini mendedahkan dia mengenali suaminya yang berusia 26 tahun itu menerusi aplikasi TikTok sejak setahun yang lalu itu memuji sikap Syafiq.

"Kami kenal sejak Mei tahun lalu dan bertunang pada Oktober tahun lalu. Suami seorang yang sangat tenang. Dia tak pernah ada perasaan cemburu. Dia tak ada nak menghalang apa yang saya nak lakukan malah sentiasa menyokong.

"Sepanjang kenal, kami jarang berjumpa. Kalau jumpa pun mungkin dalam tiga atau lima bulan sekali. Apabila bernikah ini, masing-masing ada perasaan malu lagi," ujar Ai Wahida turut memberitahu suaminya itu juga bekerja sebagai pereka grafik di Kuala Lumpur.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: