28 November 2021

HARAP BAHAGIA, LUKA SEMBUH DI INDONESIA - IQBAL MAHU CARI RUMAH DI JAKARTA HARGA RM4 JUTA



"Siapa jumpa rumah untuk dijual di Jakarta, mohon beritahu saya ya. Rumah sederhana sahaja tidak lebih 1 juta USD (RM4.24 juta). Sekadar rumah berteduh saya di sini," kata usahawan sensasi yang kini bergelar penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkifli, 27, menerusi satu perkongsian di Insta Story.

Dalam hantaran tersebut, Iqbal mengatakan dia sedang mencari sebuah rumah di Jakarta, Indonesia dan mahu membeli dengan harga tidak melebihi AS$1 juta (RM4.24 juta).

Sementara itu, Iqbal telah memuat naik foto bersama Datuk Rossa dengan mengatakan penyanyi terkenal Indonesia itu merupakan individu pertama yang ditemui ketika berada di Indonesia.

"Hari ini. Orang pertama yang sama temui di Indonesia, Rossa. Moga ada kebaikan. Mohon doa dan kata-kata yang baik sahaja ya. Ada mahu ucapkan disini?" tulis Iqbal.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, Iqbal yang meluahkan rasa kecewa dengan kecaman diterima tidak henti-henti itu memberitahu dia akan membawa diri sekaligus ingin berhijrah ke Indonesia untuk menyembuhkan luka di hati. Ini kerana Iqbal merasakan dia sudah tidak sesuai lagi untuk menetap di Malaysia.

Dalam pada itu, Iqbal mengucapkan terima kasih kepada mereka yang melemparkan kata-kata kurang senang terhadap dirinya. Iqbal turut berharap dia dapat bertemu kebahagiaan di negara seberang itu.

"Terima kasih kepada semua yang menyakiti saya. Terima kasih kepada yang masih sudi mendoakan. Berharap di Indonesia saya bisa bahagia dan bertemu dengan orang yang menyembuhkan luka. Salam hormat untuk rumah baruku Indonesia. Jika ada sesuatu doa, pesanan atau apa sahaja, silakan tinggal di sini, saya akan baca dengan sepenuh hati.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: