13 November 2021

'HIJRAHKAN LAGUKU' - PROGRAM REALITI TV ALHIJRAH, BAKAL GEGAR PERSADA SENI



Pertandingan realiti TV yang ditayangkan untuk tontonan umum memang banyak memenuhi rancangan TV kita. Oleh yang demikian, TV AlHijrah tidak ketinggalan dan bakal menyiarkan Program realiti TV Islamiknya sendiri yang berjudul Hijrahkan Laguku'.

Ia dikatakan agak berbeza dengan program realiti lain, apabila Hijrahkan Laguku mengumpulkan lapan artis yang telah berhijrah dan bakal berentap melaksanakan kerja dakwah menerusi lirik lagu yang diubah serta dinyanyikan mereka dengan penuh penghayatan.

Hijrahkan Laguku akan disiarkan secara langsung selama lapan minggu dari Studio Penyiaran Digital TV AlHijrah, pada setiap Sabtu, jam 9 malam mulai 20 November ini.

Mengangkat tema Journey Back To Him, Hijrahkan Laguku akan disertai oleh Dato Nash Lefthanded, Iwan Shahman, Mark Adam, Pangeran Adam (PG Adam), Zaf VE, Shahir Zawawi, Zack Kool dan Rahmad Mega. Manakala Faizal Ismail dan Bell Ngasri adalah hos rancangan.

Klik untuk gambar besar



Pemilihan artis yang menyertai pertandingan realiti TV ini dibuat berdasarkan beberapa kriteria. Antara yang utama adalah kisah penghijrahan mereka yang unik serta mampu mendorong penonton untuk menjadi khalifah Allah yang terbaik di muka bumi ini.

Turut diambil kira adalah bakat, aura, karisma serta kekuatan mereka dalam bidang nyanyian.

Jika anda inginkan kelainan, inilah masanya anda bertukar kepada rancangan realiti terkini ini yang penuh debaran dan tauladan.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: