19 November 2021

"I'M GOING LET HER BE A KID..." - CAPRICE BERSUARA ISTERI MENANGIS ANAK DIKECAM



"Woke up to a different life 3 days ago... Cap agak risau sebab skrg bini kene handle the crazy world of social media dan netizens... Tak sampai 5 hari kahwin.. Susah bila tengok bini nangis sebab ade ramai kecam anak dia sebab cara main dgn Cap duduk atas bahu main kepala xde "adab".

"Its not her fault guys. Dia selalu tegur adik bila ade main kasar with me. But I'm the one that lets adik. I'm sorry I have a soft spot for her. She just turn 5, as a new father I'm going to let her be a kid as long as she wants. InsyaAllah walaupon baru je jadi ayah, I'll do my best to didik her and teach her about life.

"U can come after me and my wife, but please leave our kid alone. InsyaAllah," demikian tulis Caprice yang meluahkan rasa susah hati apabila melihat isterinya menangis berikutan ramai mengecam anak tirinya, Alesya Sofea menerusi video baru-baru ini dimana kanak-kanak itu duduk di bahu penyanyi rap sambil bermin dengan kepala.

Klik untuk gambar besar



Caprice berkata isterinya selalu menegur Alesya jika dia mula bertindak lebih dari kawalan, namun Caprice berkata dia sendiri yang membiarkan kerana sedar bahawa anak tirinya itu masih kanak-kanak lagi.

Bagaimanapun, Caprice memohon maaf jika ada yang kurang senang dengan video tersebut kerana dia hanya mahu anaknya itu membesar seperti kanak-kanak lain. Dalam pada itu, Caprice menegaskan netizen boleh berkata apa sahaja tentang dirinya dan isteri namun tidak pada anak mereka.

Caprice sejak bergelar suami dan bapa dilihat tidak lokek berkongsikan video dan gambar bersama isteri dan anak tirinya. Rata-rata netizen memuji Caprice yang dilihat mempunyai hubungan akrab dengan anak tirinya dan siapa sangka penyanyi itu sangat penyayang dengan kanak-kanak.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: