19 November 2021

CIK B DISAHKAN POSITIF: "TOLONG DOAKAN SAYA..."



"Jangan risau, tiada apa yang serius. Cuma, saya tak boleh bau makanan tapi rasa masih boleh sebab saya baharu kena. Sekarang ini, saya tengah kuarantin dalam bilik saya.

"Saya cuma mahu kamu tolong doakan (kesembuhan) saya, terima kasih," itulah kata anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B, 16, yang disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin kendiri dalam biliknya di rumah.

Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamileen Mohd Amin berkata keadaannya baik-baik sahaja namun mengakui mengalami simptom hilang deria bau.

Klik untuk gambar besar



Dalam masa sama, Cik B yang bergelar penyanyi dan pelakon itu turut menasihatkan semua agar terus menjaga keselamatan masing-masing.

Terdahulu, Cik B turut berkongsi hantaran video ibunya terpaksa melakukan ujian calitan. Dia akui kasihankan ibunya kerana perlu jalani ujian itu.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: