19 November 2021

TAHNIAH - JASMIN HAMID SELAMAT KEMBALI BERGELAR ISTERI



"Bercinta dengan orang lain.. Nikah dengan orang lain.. Sebagai seorang hambaNya yang BERIMAN, wajib percaya bahawa.. JODOH, MAUT dan REZEKI adalah RAHSIA ALLAH..

"Semoga dengan pernikahan ini adalah salah satu jalan untuk kami lebih dekatkan diri pada ALLAH SWT.. Ia juga adalah BERKAT DOA Ibubapa,sanak saudara, sahabat handai yang penyokong saya di mana kalian sentiasa doakan yang baik-baik buat saya..

"Saya hanya buat yang AFDHAL sahaja.. Janganlah ada yang berkecil hati.. Tiada majlis pun, hanya ahli keluarga sahaja," demikianlah tulis pelakon senior, Jasmin Hamid menerusi laman Instagram yang memaklumkan dia telah selamat kembali bergelar isteri hari ini.

Klik untuk gambar besar



Tiada angin tiada ribut, Jasmin selamat melangsungkan pernikahan dengan seorang jejaka dimana identiti itu enggan didedahkannya. Jasmin berkata, dia hanya melakukan perkara wajib sahaja dan tidak melakukan majlis secara besar-besaran.

Dalam hantaran tersebut, Jasmin berkata meskipun pada asalnya menjalin hubungan cinta dengan orang lain namun sudah ketentuan Allah apabila dipertemukan jodoh dengan suaminya ini.

Untuk makluman, Jasmin mempunyai seorang anak lelaki berusia 20 tahun, Ian Haziq merupakan hasil perkahwinan terdahulunya bersama bekas suami. Pelakon itu juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Lukhman Hakim dan Rohana yang dijaga sejak kecil.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: