"Tak pernah termimpi Solo Borneo Mart akan sampai ke tahap ni.. yela kedai runcit je kan..! Tapi bila dah rezki. Allah kata Dia nak bagi, Dia akan bagi! Allahuakbar sangat teruja bila dapat bersama dengan usahawan-usahawan hebat yang jauh lebih berjaya kalau nak dibandingkan dengan kami yang masih baby & banyak belajar lagi dalam selok belok perniagaan.
"Tahniah syg. Allah balas segala penat lelah u," kata penyanyi Lan Solo yang tidak pernah menyangka bahawa tuah bisnes yang diusahakan bersama isterinya, Nur Sheila Hassim iaitu 'Solo Borneo Mart' membuahkan hasil sehingga berjaya merangkul anugerah 100 Top Young CEO 2021, baru-baru ini.
Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof yang kini sudah bergiat aktif dalam dunia perniagaan runcit itu meluahkan rasa syukur apabila tersenarai antara penerima anugerah berkenaan.
Klik untuk gambar besar
Pada masa sama, isterinya turut berkongsi pengalaman dan cabaran sepanjang menjalankan perniagaan berkenaan: "CABARAN bekerja suami isteri ni.. erm.. BESAR uolss. Kat umah gado.. smpi opis kene react mcm bahagia. Sebab klo bawak feeling tu, apa pon x jd. Ini lah KAWAN, SAHABAT, PENDENGAR SETIA, PENGKRITIK, PEMBANGKANG dan ermm.. for sure banker KY!
"Guys, jaga selagi ada.. sayang selagi setia.. hormat selagi daya.. cinta sampai syurga. Kita x tahu smpi bila hayat kita, korbanlah apa sahaja untuk bahagia. Terima kasih suami.. acece..! Next post adalah appreciation kepada tulang belakang yang lain pulak ya.. stay tune!" tulis Sheila.
Sekadar informasi, pasangan suami isteri ini telah menjalankan perniagaan kedai runcit bernama 'Solo Borneo Mart' yang menyediakan pelbagai makanan istimewa dari Sabah dan Sarawak. Sehingga kini, 'Solo Borneo Mart' sudah memiliki dua cawangan yang terletak di Puchong dan Ampang.
________________________

No comments:
Post a Comment