Baru-baru ini, adik kepada selebriti terkenal Noor Neelofa iaitu Ameera Khan ada memuat naik beberapa foto serta video dia memakai cincin sehingga ia mencuri perhatian ramai.
Enggan biar pengikutnya tertanya-tanya, Ameera telah menjawab beberapa soalan di Insta Story yang bertanyakan adakah dia akan berkahwin. Ameera berkata, dia merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.
Bagaimanapun, dalam satu perkongsian lain, Ameera menjelaskan dia masih belum ada calon suami namun sudah merancang tarikh perkahwinan yang bakal dilangsungkan.
Sementara itu, dalam satu entri dikongsikan Ameera berkongsikan nasihat paling baik diberikan oleh Neelofa kepadanya iaitu jangan biarkan lelaki menentukan segalanya atau menghalangnya daripada melakukan apa yang disukai.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment