15 November 2021

NIKAH 19 NOVEMBER INI - ANIS SOFEA BAKAL ISTERI HAQIEM RUSLI



Hanya tinggal empat hari lagi iaitu 19 November ini (Jumaat) sebelum penyanyi Haqiem Rusli mengakhiri zaman bujangnya bersama wanita pilihannya bernama Anis Sofea.

Gosip hubungan cinta antara Haqiem dan Anis Sofea bukan perkara baharu apabila netizen sebelum ini pernah mengaitkan mereka sedang bercinta.

Namun pada ketika itu kedua-dua mereka masih mengunci mulut sehinggalah baru-baru Haqiem berkongsi hasrat untuk berkahwin ketika muncul di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 (ABPBH34) Sabtu lalu.

Bagai pinang dibelah dua, rata-rata netizen memuji keayuan gadis berusia 19 tahun ini lebih-lebih lagi selepas dia mengambil keputusan untuk mengenakan hijab.

Klik untuk gambar besar



Berikut adalah trivia bakal isteri Haqiem Rusli.

- Nama sebenar ialah Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.

- Berumur 19 tahun, keluarga gadis ini berasal dari Kelantan.

- Anis Sofea menamatkan pengajian di peringkat SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju.

- Merupakan seorang selebriti media sosial dengan memiliki hampir 41,000 pengikut di Instagram.



- Anis Sofea mula bertemu dan berkenalan dengan Haqiem atas urusan perniagaan.

- Anis Sofea juga merupakan pengasas dan rakan kongsi perniagaan restoran makan Santhai Village bersama Haqiem.

- Mereka berkawan selama hampir dua tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

- Anis Sofea mula menukar imej dengan berhijab baru-baru ini.

- Anis Sofea juga sudah memadam foto dan video lama di Instagram. Buat masa ini dia hanya berkongsi dua keping foto bertarikh 31 Oktober lalu dengan imej baharunya itu.



Ruangan komen mula dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada netizen sejak Haqiem berkongsi berita berkenaan. Ramai netizen memuji Anis Sofea kerana dikatakan mirip dengan wajah pelakon Hanis Zalikha.

Difahamkan, busana pernikahan mereka direka khas oleh Razman Razmi manakala pereka fesyen Rizman Ruzaini diberi kepercayaan untuk menghasilkan pakaian untuk malam resepsi. Haqiem menghadiahkan sebuah lagu khas untuk bakal isterinya itu berjudul 'Hitam saksi putih'.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: