15 November 2021

FILEM PROKSI - LAKONAN ALLAHYARHAM ASHRAF SINCLAIR, AKHIRNYA TEMUI PENONTON



Filem lakonan Allahyarham Ashraf Sinclair, berjudul PROKSI kini ditayangkan di Astro First bersama gandingan mantap pelakon Malaysia iaitu Bront Palarae , Remy Ishak, SangeetaKrishnasamy, Datuk Rosyam Nor, Faizal Hussein, Siti Saleha, Susan Lankester dan adik Adrianna Qasmia.

Filem yang mengangkat genre yang jarang sekali diketengahkan dalam filem-filem tempatan, iaitu ‘cyber thriller’ dijadual mula ditayangkan pada 18 November ini, di saluran 480.

Filem aksi ini mengisahkan tentang penggodam elit Sam (Bront Palarae) bersama rakannya, Aman (Allahyarham Ashraf Sinclair) yang telah melarikan diri ke Bangkok.

Klik untuk gambar besar



Tanpa pengetahuan Sam, Aman menggodam platform keselamatan data dan bekerjasama dengan Elle (Sangeeta Krishnasamy) untuk menjual data tersebut kepada sekumpulan penjenayah yang dikenali sebagai Carrie. Dalam masa yang sama, Aman mencuri wang Carrie. Aqil (Remy Ishak) cuba mengesan dan mendapatkan kembali wang tersebut.

Seorang tentera upahan bernama Aqil (Remy Ishak) cuba mengesan dan mendapatkan kembali wang tersebut. Sam pula telah ditangkap dan disoal siasat oleh dua penyiasat, Roy (Faizal Hussein) dan Remy (Datuk Rosyam Nor). Sam berusaha mencari dalang sebenar di sebalik manipulasi data dan penyebaran "Berita Palsu" yang mampu membahayakan negara.

Tambah menarik, penonton dapat menyaksikan sisi berbeza pelakon menerusi watak-watak masing-masing, antaranya, Sangeeta Krishnasamy mempertaruhkan kehebatannya buat pertama kali dalam membawa watak penuh aksi dan Remy Ishak membawa watak antagonis.



Manakala, ini merupakan kemunculan kali pertama Bront Palarae dan Allahyarham Ashraf Sinclair menggerakkan babak ‘bromance’, serta Proksi juga mengembalikan gandingan popular dalam filem popular Gila-Gila Remaja dan filem KL Menjerit dalam satu layar iaitu Datuk Rosyam Nor dan Faizal Hussein.

Dan jika anda rindukan Allahyarham Ashraf Sinclair yang telah pergi meninggalkan kita, inilah filem lakonan hebatnya yang ditunggu-tunggu selama ini.

Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: