15 November 2021

SECARA SENYAP-SENYAP - CAPRICE SELAMAT BERNIKAH



Nampaknya penyanyi rap sensasi, Caprice telah mengejutkan dunia hiburan apabila dia tup-tup sudah pun selamat bernikah dengan wanita pilihan hati, Farra Inalis yang berusia 26 tahun. Tiada angin tiada ribut, Caprice kini bergelar suami orang secara senyap-senyap.

Menerusi laporan media, seorang pengguna Instagram @yasserpink berkongsi sekeping foto memaparkan Caprice serta pasangan mmengenakan persalinan serba putih di atas pelamin sambil menyarungkan cincin.

Malah, foto perkahwinan Caprice itu turut dikongsi oleh penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz. Sementara itu, pengurus Caprice yang dikenali sebagai Aiman ketika dihubungi media juga tidak dapat mengesahkan mengenai berita berkenaan.

"Saya pun dapat info agak lambat, tak berani nak sahkan betul atau tidak. Tapi kalau orang dah kongsi gambar kahwin dia, maksudnya betul la tu. Saya kenal pasangan Caprice tu, dia baik orangnya. Apa yang saya tahu mereka dah berkenalan hampir setahun. Azira adalah kenalan rapat Caprice, maksudnya betul la kalau dia repost," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: