"Ni video so tak ada makna nya nk edit leher. Haiyaaaaaa," itulah kapsyen yang ditulis pelakon Uqasha Senrose yang memuat naik video sebagai bukti dia tidak menyunting lehernya untuk menjadi jinjang seperti yang didakwa.
Sabtu lalu, hangat diperkatakan apabila tunang kepada pelakon Kamal Adli itu memuat naik gambarnya di laman Instagram memakai gaun berwarna ungu ketika hadir di program Maharaja Lawak Mega 2021.
Gambar terbabit bagaimanapun menjadi perhatian ramai apabila ada yang mempersoalkan saiz lehernya kelihatan panjang sehingga ada yang mendakwa pelakon itu menyunting bahagian berkenaan.
Sebelum ini, Uqasha pernah dikecam selepas menyunting gambar secara keterlaluan sehingga lilin pada kek hari jadinya turut sama membengkok.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment