15 November 2021

PERJELASKAN ISU JAM TANGAN, BEG MEWAH - SITI NURHALIZA AKUI BUKAN KAKI SHOPPING



Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai jam tangan, beg serta tudung mewah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Nurhaliza apabila harga barangan tersebut mencecah ribuan ringgit sehingga menjadi perhatian ramai.

Siti bagaimanapun tampil menerusi temu bual bersama Melodi semalam, menjelaskan jam tersebut adalah hadiah daripada suaminya, Datuk K dan dia tidak tahu mengenai harga jam berkenaan.

"Jam itu adalah hadiah daripada suami saya dan saya tak pernah tanya pun. Bie (Datuk K) berapa harga ni dan sebagainya. Apa yang suami hadiah Alhamdulillah saya terima dan suami memang suka saya bergaya dan membeli koleksi-koleksi jam.

"So bagi saya tiada apa sangat, sebagai seorang isteri saya hargai dan pakai tak adalah nak ambil tahu berapa banyak berapa harga dan sebagainya," katanya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, ditanya mengenai beg tangan mewah yang dibelinya, Siti berkata pereka fesyen terkenal, Rizman yang membantu untuk padankan dengan baju yang digayakannya. Siti juga akui dia bukan seorang yang pandai shopping.

"Saya tak pandai matching-matching ni. Rizman yang tolong, dia cakap kak Siti beg ni tak sesuai apa semua. So dia kata ada satu beg yang cantik dan boleh matching sangat dengan baju kak Siti dan saya fikir dah lama tak berbelanja untuk diri saya.

"Kalau tanya suami saya pun, suami saya setuju saya bukan kaki shopping dan saya rasa dia beruntung dapat isteri seperti saya. Saya tak pandai shopping tapi saya hargailah suami memang suka melihat isteri dia tampil cantik dan bergaya," jelasnya lagi.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: